← Back to list
Pempengaruh & pencipta kandungan perlu lebih bertanggungjawab
Jul 24, 2025
Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) gesa pencipta kandungan dan pempengaruh supaya lebih bertanggungjawab dalam setiap tindakan mereka di platform digital.
Ini kerana ia bukan hanya berkenaan jumlah pengikut, namun ia membawa bersama kuasa untuk cetus emosi, reaksi dan beri kesan sebenar dalam kehidupan harian.
Tegas CMCF, meskipun ramai pempengaruh berjaya menghasilkan kandungan positif namun ada diantaranya sengaja cipta naratif palsu, gugat ketenteraman atau mempergunakan khalayak untuk tujuan peribadi.
Justeru pempengaruh dinasihat fikir akibat sebarang tindakan mereka misalnya simpati yang dimanipulasi atau kontroversi yang direka sebab ia boleh beri impak meluas dan buruk.
---
PDRM sahkan 2 kes dikenal pasti di negara ini mempunyai kaitan dengan agensi perisikan asing.
Ia susulan kenyataan Perdana Menteri mengenai kemungkinan Malaysia jadi sasaran berikutan pendirian tegas terhadap isu Palestin.
Justeru Bukit Aman menasihatkan warga Palestin di negara ini untuk amal gaya hidup berprofil rendah bagi elak jadi sasaran kumpulan perisikan asing.
Pada masa sama PDRM sentiasa bersedia dalam usaha mencegah dan menangani pelbagai ancaman luar yang berpotensi jejas keselamatan negara.
---
Polis Selangor sedang siasat kes seorang bayi berusia setahun 7 bulan maut selepas dipercayai diserang sekumpulan anjing di Kampung Orang Asli Sungai Buloh.
Berdasarkan siasatan awal, semasa insiden mangsa ditinggalkan dalam jagaan bapa saudara kerana ibu bapanya keluar bekerja.
Mangsa kemudian dijumpai cedera dan tidak sedarkan diri di luar rumah oleh ibu bapanya, manakala bapa saudaranya sedang tidur di ruang tamu.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca