← Back to list
Konflik Thailand-Kemboja: Malaysia Jadi Orang Tengah
Jul 28, 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan bersama pemimpin Thailand dan Kemboja hari ini.
Ia bagi membincangkan konflik yang semakin memuncak di sempadan kedua-dua negara berkenaan.
Rundingan dijadual berlangsung di Putrajaya petang ini dan dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar selaku Pengerusi ASEAN.
Ketegangan antara Thailand dan Kemboja meningkat sejak Mei susulan insiden konfrontasi antara anggota tentera berhampiran kawasan sempadan yang dipertikaikan.
Sebagai rekod kedua-dua negara jiran Asia Tenggara itu sudah lama tidak bersependapat mengenai jajaran sempadan sepanjang 817 kilometer yang belum dimuktamadkan.
Sementara itu kerajaan Kelantan menasihatkan rakyat negeri itu tangguh hasrat melancong ke Thailand dan Kemboja terutama di kawasan yang terlibat konflik di sempadan di 2 negara tersebut.
Menurut kerajaan negeri, walaupun setakat ini tiada rakyat Malaysia dilapor terlibat, langkah berjaga-jaga wajar diambil memandangkan keadaan semasa masih belum stabil.
Sebagai rekod, lebih 30 orang maut dan kira-kira 150 ribu yang lain terpaksa meninggalkan kediaman ekoran konflik berkenaan.
---
JPJ berjaya kutip 6.2 juta ringgit hasil lebih 34 ribu saman tertunggak daripada pengendali kenderaan barangan dan bas ekspres dalam tempoh 14 hari yang ditetapkan.
Ini selepas Kementerian Pengangkutan mengumumkan beri tempoh 2 minggu untuk syarikat terlibat tampil berbuat demikian.
Namun masih terdapat sejumlah syarikat yang belum menyelesaikan saman dan mereka ada tempoh sebulan bermula 9 Julai lalu untuk berbuat demikian bagi elak disenarai hitam.
Saman terbabit melibatkan pelbagai kesalahan jalan raya termasuk memandu melebihi had laju, bawa lebih muatan dan memandu tanpa lesen.
---
Kementerian Pengangkutan (MOT) rancang sedia latihan asas bahasa dan etika pemanduan kepada pemandu teksi menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Menurut MOT ia penting kerana industri teksi bukan sekadar pengangkutan tetapi nadi perkhidmatan rakyat dan wajah pertama negara kepada pelancong.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca