← Back to list
Kubur Zara Qairina akan digali semula secepat mungkin - Saifuddin
Aug 09, 2025
PDRM akan menggali semula kubur Zara Qairina bagi menjalankan bedah siasat.
Menteri Dalam Negeri berkata tindakan itu penting bagi mengemaskini siasatan dan mengumpul semua bukti tanpa mengabaikan prinsip keadilan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut beri jaminan proses itu akan dilakukan segera dan perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
Keputusan itu dibuat susulan kematiannya yang disyaki melibatkan kes buli di sebuah sekolah asrama di Sabah.
__
Dua rakyat Malaysia yang dibakar seorang lelaki di Thailand akan terus jalani rawatan di negara itu.
Menteri Luar berkata kedua-dua mereka dirawat di hospital berasingan dan berada dalam keadaan stabil.
Jelas Datuk Seri Mohamad Hasan keputusan itu dibuat ekoran saranan doktor bagi memastikan keadaan mangsa beransur pulih sebelum dibawa pulang ke Malaysia.
Terdahulu, kedua-dua mangsa berada berdekatan sebuah pasar raya di Thailand ketika seorang lelaki tempatan mencurahkan sejenis cecair dan membakar mereka.
Suspek turut mengaku menyerang mangsa secara rawak kerana kecewa akibat diberhentikan kerja.
__
Dan, Israel menolak keras kecaman antarabangsa terhadap rancangannya untuk mengambil alih sepenuhnya Bandaraya Gaza.
Terdahulu, Kabinetnya meluluskan rancangan tersebut yang mengundang kecaman daripada pelbagai negara termasuk United Kingdom, Perancis dan Kanada.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca