← Back to list
Bukit Aman Ambil Alih Siasatan Kes Kematian Zara Qairina
Aug 12, 2025
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman hantar satu pasukan siasatan khas ke Kontinjen Sabah, bagi ambil alih siasatan kes kematian Zara Qairina.
Pasukan yang dianggotai 9 pegawai dan anggota itu sudah dihantar ke IPK Sabah bagi tujuan tersebut.
Ia adalah sebahagian daripada komitmen PDRM untuk memastikan siasatan dilaksanakan secara telus dan menyeluruh.
PDRM turut menyeru semua pihak beri ruang untuknya menjalankan siasatan serta elak buat sebarang spekulasi.
---
Kementerian Pendidikan Tinggi tidak akan melindungi sebarang unsur kecuaian atau salah laku dalam kes kematian pelatih PALAPES UTM, Syamsul Haris.
Kementerian Pertahanan pula telah tubuh Jawatankuasa Penyiasatan Khas bersama KDN dan KKM bagi kenal pasti punca sebenar kematian Allahyarham ketika jalani latihan 28 Julai lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, keluarga menuntut kubur Allahyarham digali semula bagi melakukan bedah siasat kali ke-2 kerana tidak yakin punca kematiannya disebabkan sawan.
Menurut ibunya, ia ekoran dia melihat ada kesan kecederaan dan pendarahan luar biasa pada jenazah anaknya.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca