← Back to list
ALR Lancar Pas Perjalanan Tol Tanpa Had SMART
Aug 13, 2025

Sempena Hari Kebangsaan ke-68, Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) melancarkan Pas Perjalanan Tol Tanpa Had SMART atau Merdeka Unlimited Travel Pass (MUTP) yang memberikan penjimatan hampir 50% bagi yang menggunakan tol SMART setiap hari.
Tawaran ini berkuatkuasa selama sebulan dari 16 Ogos hingga Hari Malaysia, 16 September depan dengan caj RM68 sekali bayar dan digunakan pada bila-bila masa di terowong SMART dalam tempoh tersebut.
Orang ramai boleh membuat pembelian Pas MUTP ini di kesemua lorong keluar dan masuk plaza tol SMART, R&R Kinrara dan Awan Besar di KESAS, kaunter jualan terpilih di KESAS, SPRINT dan LDP serta Ruang Pamera Dataran Singgahsana Tun Razak Exchange (TRX).

MUTP merupakan penzahiran rasa terima kasih dan penghargaan kepada semua pengguna tegar Terowong SMART yang telah turut sama-sama mempromosi aspirasi mobiliti bandar yang lebih cekap, selamat dan berdaya tahan.
la juga merupakan sebahagian daripada usaha ALR menyokong aspirasi Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk menyediakan infrastruktur tol yang mesra rakyat dan inklusif.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika melancarkan MUTP berkata, kerajaan sangat mengalu-alukan inisiatif pembiayaan swasta (Private Funding Initiative (PFI)) yang inovatif seperti ini yang memberi manfaat terus kepada rakyat demi mengurangkan kos sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Oleh Shah Rahimin Rosle | Astro Audio News & Traffic
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca