Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

← Back to list

Kes Zara Qairina: Polis Nafi Pembabitan VVIP

Aug 14, 2025


Polis nafi pembabitan VVIP dalam kes kematian murid Tingkatan 1, Allahyarham Zara Qairina.  

Bukit Aman juga sedang siasat dakwaan mengatakan pengurusan sekolah Allahyarham di Papar, Sabah sembunyikan kes itu. 

Setakat ini, seramai 82 saksi sudah dirakam percakapan dan antara mereka ada yang sudah dipanggil semula bagi sambung rakam keterangan. 

Terdahulu, Jabatan Peguam Negara memutuskan akan melakukan inkues terhadap kes kematian Allahyarham Zara Qairina selepas teliti laporan siasatan PDRM.  

Ia bertujuan menentukan punca kematian termasuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya.  

--- 

Perdana Menteri mahu siasatan telus dijalankan terhadap kes serangan ke atas anak bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.   

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah memaklumkan perkara itu kepada Menteri Dalam Negeri untuk siasatan termasuk mencari dalangnya.  

Polis Selangor sahkan insiden berlaku di Putrajaya yang mana anak Datuk Seri Rafizi didakwa diheret dan dicucuk jarum oleh 2 lelaki dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan.  

--- 

Seorang murid lelaki Tahun 2 di Kuala Terengganu dilapor cedera termasuk patah tulang hidung selepas diserang beberapa rakan sekolah, hujung bulan lalu.  

Ibu mangsa memaklumkan, anaknya terpaksa jalani pembedahan semalam untuk menyambung semula tulang hidung yang patah.  

Polis Terengganu sahkan sudah terima laporan kes tersebut dan siasatan awal mendapati insiden itu berpunca daripada perbuatan ejek-mengejek. 

---  

Kementerian Pertahanan akan beri kerjasama penuh kepada SPRM selepas 5 pegawai kanan angkatan tentera ditahan berkaitan aktiviti penyeludupan di selatan tanah air.  

5 suspek utama berkenaan disyaki bocor maklumat operasi ketenteraan kepada penyeludup dan bersekongkol bawa masuk barang larangan seperti dadah dan rokok dari negara jiran!  

---   

Hampir 230 pelawat asing pelbagai negara dilarang masuk ke negara ini dalam operasi bersepadu di KLIA baru-baru ini kerana gagal mematuhi syarat.  

Antara sebab mereka dilarang masuk Malaysia ialah kerana kemuka tempahan hotel palsu, tidak memiliki tiket penerbangan pulang serta gagal membuktikan kemampuan kewangan.  


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca

 

 

Ads With Us Ads With Us Ads With Us