← Back to list
Kes Serangan Anak Rafizi : PM Beri Jaminan Siasatan Telus
Aug 14, 2025
Kes Serangan Anak Rafizi : PM Beri Jaminan Siasatan Telus
Perdana Menteri berkata negara kini berdepan budaya melampau termasuk kes buli, kematian dan terbaru serangan terhadap anak Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli.
Datuk Seri Anwar Ibrahim beri jaminan siasatan yang telur akan dijalankan terhadap kes tersebut.berkenaan siasatan terhadap kes tersebut.
Sementara itu, Datuk Seri Rafizi dedahkan isteri beliau terima mesej ugutan yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp selepas insiden serangan itu berlaku.
Antara mesej yang diterima adalah mengugut anak mereka dengan jangkitan AIDS.
Ahli Parlimen Pandan itu berpendapat ancaman tersebut akan berterusan sebagai usaha menyekat tindakan beliau daripada terus membongkar beberapa perkara termasuk satu skandal.
Dalama pada itu, 6 individu telah dirakam percakapan bagi bantu siasatan kes serangan tersebut.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata pihaknya juga sedang teliti rakaman CCTV di lokasi kejadian yang beri petunjuk awal kepada siasatan.
Beliau turut minta agar bekas Menteri Ekonomi itu buat laporan polis berhubung ugutan yang didakwa diterima isterinya melalui aplikasi WhatsApp.
Pihak polis juga telah meningkatkan kawalan keselamatan terhadap Datuk Seri Rafizi dan keluarga beliau.
Kes Zara Qairina : JIPS siasat pegawai penyiasat
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman siasat pegawai penyiasat yang terbabit dalam siasatan kematian Allahyarham Zara Qairina.
Ia susulan hasil penemuan awal pasukan Task Force Bukit Aman mendapati wujud ketidakpatuhan SOP siasatan kes itu yang mana pegawai penyiasat tidak mohon untuk proses bedah siasat.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca