← Back to list
Kes Zara Qairina : Jangan Dedahkan Identiti 5 Remaja
Aug 19, 2025
Kes Zara Qairina : Jangan Dedahkan Identiti 5 Remaja
Orang awam dan media diingatkan jangan dedahkan identiti 5 remaja yang akan didakwa berhubung kes buli Allahyarham Zara Qairina.
Tegas SUHAKAM, pendedahan maklumat suspek adalah dilarang di bawah Akta Kanak-Kanak dan individu yang ingkar boleh didenda hingga RM10,000 atau penjara maksimum 5 tahun.
Suhakam turut menekankan Mahkamah Kanak-kanak adalah prosiding tertutup dan hanya pihak berkepentingan dibenarkan hadir.
Sementara itu, 5 remaja tersebut tetap akan didakwa esok di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu berhubung kes buli Allahyarham Zara.
Peguam Negara berkata pendakwaan akan diteruskan seperti biasa mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan (Pindaan 2025) dengan hukuman penjara maksimum setahun.
Terdahulu, peguam ibu arwah Zara mohon pendakwaan ditangguhkan sementara dan didakwa mengikut Seksyen 507D (2) Kanun Keseksaan dengan hukuman lebih berat iaitu penjara sehingga 10 tahun.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca