← Back to list
TUDM: Tiada jet pejuang F/A-18D Hornet pada sambutan Hari Kebangsaan ke-68
Aug 22, 2025
Satu lembaga penyiasat turut ditubuhkan bagi mengendalikan siasatan kemalangan jet pejuang Hornet TUDM di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, malam tadi.
Menurut TUDM, ia terutama bagi mengenal pasti punca kejadian.
Kemalangan itu berlaku ketika pesawat berkenaan sedang melakukan rutin latihan penerbangan malam.
Panglima TUDM sahkan dua anggota terlibat kini berada dalam keadaan stabil dan kini berehat di Rumah Sakit Angkatan Tentera Malaysia.
__
Dalam perkembangan lain, jet pejuang Hornet milik TUDM tidak akan mengambil bahagian dalam sambutan Hari Kebangsaan sementara menunggu hasil siasatan.
Panglima TUDM berkata bagaimanapun pesawat lain akan terus terbabit dalam lintas hormat udara yang dijadualkan manakala pesawat Hornet akan kekal digantung operasinya.
__
Polis masih giat jalankan siasatan serangan terhadap anak dan isteri Datuk Seri Rafizi Ramli.
Ketua Polis Negara berkata 19 individu sudah diambil keterangan setakat ini.
Datuk Seri Mohd Khalid Ismail turut sahkan nombor telefon yang digunakan untuk mengeluarkan ugutan terhadap isteri bekas Menteri Ekonomi itu adalah milik warga asing.
Sementara itu, pihaknya masih dalam proses mengesan suspek yang menyerang dan menyuntik anaknya di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.
Polis juga sedang menunggu laporan kimia daripada pihak hospital mengenai cecair berkenaan.
__
Dan, tiga lagi mangsa penipuan pekerjaan warga Malaysia akan diterbangkan pulang hari ini, selepas diselamatkan di Kemboja.
Wisma Putra berkata demikian susulan penghantaran pulang 30 mangsa awal minggu ini.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca