← Back to list
Anwar Ulangi Jaminan Harga RON95 Turun
Sep 14, 2025
Perdana Menteri ulangi jaminan bahawa harga petrol RON95 akan diturunkan kepada RM1.99 seliter menjelang akhir bulan ini.
Ujar Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia sekali gus menunaikan janji kerajaan untuk meringankan beban rakyat.
Sementara itu, Perdana Menteri menjelaskan lawatan-lawatan rasmi beliau ke luar negara dilakukan atas jemputan pemimpin luar.
Datuk Seri Anwar berkata perkara itu selaras dengan kedudukan dan status Malaysia yang dipandang tinggi di peringkat antarabangsa.
Terbaru beliau terima jemputan Qatar untuk menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam esok bagi bincang situasi kritikal di Palestin.
Dalam pada itu, konvoi awal kapal Global Sumud Flotilla telah berlepas dari pelabuhan di Tunisia menuju ke Gaza.
Flotila menuju Gaza itu melibatkan sekurang-kurangnya 40 kapal yang membawa antara 500 hingga 700 aktivis dari lebih 40 negara.
Inisiatif itu bertujuan mencabar sekatan Israel dan menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Gaza yang kini dilanda kebuluran.
---
Menteri Pendidikan Tinggi menyeru semua pihak menghentikan desakan melampau berkaitan isu kemasukan ke universiti menerusi sistem UPUOnline kerana ia hanya akan mengeruhkan keadaan.
Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengajak semua pihak untuk perkukuh keyakinan terhadap sistem pendidikan tinggi negara demi masa depan pelajar.
---
SPRM bongkar kegiatan sepasang suami isteri, yang juga pegawai penguat kuasa membuka sebuah kedai emas disyaki hasil rasuah.
Pasangan berusia lingkungan 40-an itu dipercayai berperanan atur kemasukan warga asing yang tidak memiliki dokumen lengkap ke negara ini sejak 4 tahun lepas.
---
Ibu Zara Qairina mohon semua bentuk perhimpunan aman berkaitan kes kematian Allahyarham ditangguh sehingga prosiding inkues selesai.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca