← Back to list
Kementerian Komunikasi minta kerjasama Google siasat e-mel ugutan lucah
Sep 15, 2025
Kementerian Komunikasi akan mendapatkan kerjasama syarikat Google bagi bantu siasatan insiden e-mel ugutan diterima beberapa wakil rakyat baru-baru ini.
Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata demikian selepas memaklumkan beliau juga antara sembilan wakil rakyat yang menerima e-mel ugutan itu.
Sementara itu, PDRM bekerjasama dengan MCMC bagi mengesan pemilik e-mel ugutan berunsur video lucah yang dihasilkan menggunakan teknologi AI.
Setakat ini, polis menerima empat laporan berhubung insiden berkenaan.
__
Polis akan mendapatkan bantuan Interpol bagi mengesan suspek dipercayai menembak dan menikam seorang anggota polis di Simpang Pulai, minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Ipoh berkata sehingga kini suspek utama masih belum ditahan, manakala beberapa individu lain dipercayai terlibat juga sedang dikesan.
Terdahulu, seorang anggota polis terkena tembakan di bahagian perut dan tikaman pisau semasa bergelut dengan suspek yang disyaki terlibat dalam kes bunuh di kebun kelapa sawit.
__
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan kenyataan negara pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam malam ini.
Beliau menegaskan solidariti Malaysia yang tidak berbelah bahagi dengan Qatar serta komitmen teguh mempertahankan hak rakyat Palestin, selain mengecam kekejaman Israel.
__
Dan, menurut media British, George Town, Pulau Pinang tersenarai dalam 10 destinasi makanan jalanan terbaik Asia selain Singapura, Bangkok dan Osaka.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca