Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

← Back to list

Global Sumud Flotilla: Semua 23 sukarelawan Malaysia selamat

Oct 03, 2025


Semua 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla, GSF disahkan berada dalam keadaan selamat dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga.  

Menurut Wisma Putra, kerajaan sedang ambil langkah sewajarnya bagi menjamin keselamatan serta memastikan pembebasan segera rakyat Malaysia yang ditahan Israel.  

Perdana Menteri dan Menteri Luar juga sudah berhubung dengan beberapa pemimpin dan rakan sejawat negara sahabat termasuk Amerika Syarikat bagi mendapatkan kerjasama.  

Malaysia turut tegaskan penahanan peserta GSF adalah tidak sah dan menuntut mereka dilayan selaras undang-undang antarabangsa serta dibebaskan segera!  

Dalama pada itu, 5 peguam yang juga aktivis undang-undang hak asasi manusia dari Malaysia kini berada di Jordan. 

Ia bertujuan memastikan delegasi negara dalam Global Sumud Flotilla yang ditahan rejim zionis dapat perlindungan undang-undang secara telus dan adil. 

Mereka akan berurusan dengan peguam The Legal Centre for Arab Minorities Rights in Israel yang berpangkalan di Israel serta peguam antarabangsa untuk proses perundangan. 

Sementara itu Kementerian Dalam Negeri (KDN) iktiraf hak berhimpun secara aman yang dijamin Perlembagaan termasuk perhimpunan sokong GSF di depan kedutaan Amerika Syarikat tetapi ia mesti dilakukan secara tertib.  

Dalam perkembangan berkaitan, 2 lelaki yang ditahan kerana dilapor halang tugas polis buat kawalan keselamatan dalam perhimpunan itu sudah dibebaskan dengan jaminan polis. 

--- 

Hasil bedah siasat ke atas murid Tahun 4 yang ditemui meninggal dunia di sebuah sekolah di Senawang kelmarin sahkan punca kematian adalah disebabkan tekanan pada leher. 

Polis Negeri Sembilan turut memaklumkan, setakat ini 27 individu telah dirakamkan keterangan. berhubung kes tersebut.  

---  

Ketua Menteri Sabah mengadakan pertemuan tertutup dengan Yang di Pertua Negeri petang semalam. 

Pertemuan tersebut diadakan di sebalik cakap-cakap pembubaran DUN Sabah namun belum ada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan. 


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca

 

 

Ads With Us Ads With Us Ads With Us