← Back to list
Global Sumud Flotilla: Malaysia usaha bawa pulang rakyat Malaysia menerusi Turkiye - PM Anwar
Oct 03, 2025
Malaysia sedang melaksana usaha untuk mambawa semua 23 aktivis negara yang menyertai misi Global Sumud Flotilla keluar menerusi Turkiye.
Menurut Perdana Menteri, ia dijangka mengambil tempoh sehari dua.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sudah menyampaikan permintaan itu kepada Presiden Turkiye.
Sementara itu, Amerika Syarikat beri jaminan keselamatan dan akan membantu bawa pulang semua sukarelawan terlibat.
Ketua Angkatan Muda Keadilan berkata jaminan itu diberikan wakil Kedutaan AS ketika beliau menyerahkan memorandum di pejabat kedutaan berkenaan.
__
Dalam perkembangan berkaitan, lima delegasi Malaysia yang tidak dapat meneruskan misi kemanusiaan Global Sumud Nusantara susulan empat buah kapal alami kerosakan disahkan selamat tiba di tanah air.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara, mereka akan berada di SNCC malam ini bagi meneruskan penugasan termasuk menyalurkan maklumat terkini.
Sementara itu, dua lagi wakil Malaysia kini berada di Amman, Jordan untuk membantu pasukan perundangan yang sedang menguruskan isu tahanan.
__
Dan, penyanyi Marsha Milan membuat keputusan untuk menangguhkan pelancaran muzik video lagu terbaharunya, Tangisan Seorang Pendosa yang dijadualkan malam ini.
Katanya, ia sebagai tanda menghormati perjuangan 23 aktivis Malaysia menyertai misi Global Sumud Flotilla yang kini ditahan Israel.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca