Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

← Back to list

Kes jenayah berat pelajar membimbangkan - Sultan Ibrahim

Nov 19, 2025


Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah bahawa kes jenayah berat membabitkan pelajar kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan. 

Baginda bertitah, sekolah dan institusi pengajian perlu menitikberatkan elemen kemanusiaan, moral serta kawalan emosi selain kesedaran undang-undang. 

Sultan Ibrahim turut bertitah usaha menangani perkara itu adalah tanggungjawab sosial melangkaui batas bilik darjah termasuk bermula dari rumah dalam setiap kehidupan seharian. 

__

Sementara itu, seorang remaja berusia 17 tahun direman tiga hari bagi bantu siasatan kes mendatangkan kecederaan terhadap bapanya dengan pisau di Setapak. 

Siasatan mendapati remaja itu bertindak sedemikian hanya kerana ditegur tidak ke sekolah. 

__

Runtuhan struktur sementara kanopi keluli di tapak Projek ECRL yang menghempap sebuah kereta semalam dipercayai berpunca daripada perlanggaran jentera 'boom skylift'. 

Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata siasatan awal mendapati struktur perlindungan tersebut tidak direka untuk menampung beban hentakan, sekali gus menyebabkan ia gagal berfungsi apabila dilanggar.  

Terdahulu, seorang wanita nyaris maut selepas kereta dipandu dihempap runtuhan binaan projek ECRL dalam kejadian di Lebuhraya MRR2. 

__

Dan, filem seram terbaharu terbitan Astro Shaw, Malam Terlarang terus cipta fenomena apabila meraih kutipan RM10 juta di pawagam seluruh negara sejak ditayangkan awal November lalu. 

Memasuki minggu ketiga tayangan, angka itu mengukuhkan kedudukannya sebagai filem seram tempatan paling laris bagi tahun 2025. 


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca

 

 

Ads With Us Ads With Us Ads With Us