Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

← Back to list

Banjir di Hatyai: 4,000 rakyat Malaysia terjejas

Nov 23, 2025


Kira-kira 4,000 rakyat Malaysia yang berada di Hatyai dan kawasan sekitar dilapor terjejas susulan banjir yang melanda wilayah Songkhla, Thailand. 

Wisma Putra memaklumkan, setakat semalam semua rakyat Malaysia terbabit selamat kerana kebanyakannya menginap di hotel bertingkat. 

Hanya sebahagian kecil mengalami gangguan sementara bekalan elektrik dan akses makanan berikutan gangguan setempat. 

Difahamkan, banjir berkenaan dijangka beransur pulih menjelang esok. 

Dalam pada itu, NADMA mengarahkan jawatankuasa pengurusan bencana negeri dan daerah meningkatkan tahap kesiapsiagaan untuk hadapi bencana terutama di kawasan berisiko tinggi.  

Ia susulan amaran hujan berterusan peringkat buruk serta waspada di 6 negeri. 

Terdahulu, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat buruk di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan sehingga esok. 

Amaran hujan berterusan tahap waspada pula dikeluarkan bagi beberapa daerah lain di Kelantan juga Terengganu, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak hingga Rabu.  

Sementara itu, jumlah mangsa bencana alam itu di Kelantan meningkat kepada hampir 1,600 orang, dan di Terengganu pula, lebih 260 mangsa ditempatkan di PPS. 

Kedah juga mula mencatatkan mangsa banjir apabila hampir 40 penduduk di Kulim dipindahkan ke PPS.  

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan menggalakkan calon SPM di kawasan berisiko banjir supaya tinggal di asrama buat sementara.  

Ia bagi memastikan mereka dapat beri tumpuan penuh dan perjalanan peperiksaan tidak terganggu. 

--- 

Kementerian Kesihatan dan Kementerian Komunikasi bentuk jawatankuasa khas bagi memastikan keberkesanan serta kestabilan sistem NG MERS 999.  

KKM turut beri jaminan akan memastikan semua tindakan pembetulan pelaksanaan platform baru aplikasi dan panggilan kecemasan itu dibuat secara teratur demi keselamatan rakyat. 

Pihaknya juga menjelaskan bahawa NG MERS 999 melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM1.25 bilion untuk tempoh 11 tahun. 


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca

 

 

Ads With Us Ads With Us Ads With Us