← Back to list
Etika pemakaian di premis kerajaan disemak semula - Fahmi Fadzil
Dec 11, 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan tidak seharusnya berlaku apa-apa keadaan yang menghalang orang ramai daripada membuat laporan polis.
Susulan itu, jurucakap kerajaan Datuk Fahmi Fadzil maklumkan kod etika pakaian di balai polis dan perkhidmatan barisan depan kerajaan akan disemak semula dalam masa terdekat.
Perkembangan itu susulan insiden seorang wanita dilarang masuk ke IPD Jasin untuk buat laporan kerana pakaiannya dianggap tidak sesuai untuk premis kerajaan.
__
Seorang lelaki ditemukan maut dalam kebakaran sebuah unit kondominium di Mont Kiara, lewat malam tadi.
Mangsa ditemukan di balkoni dengan tahap melecur 100 peratus dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Punca kejadian masih dalam siasatan Unit Forensik.
__
Dan, rakyat Malaysia di Kemboja dinasihatkan supaya mengelak memasuki beberapa kawasan di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja.
Ia susulan ketegangan ketenteraan yang semakin meningkat antara kedua-dua negara jiran itu.
Wisma Putra turut menasihatkan rakyat Malaysia di negara itu sentiasa dapatkan maklumat sahih serta patuhi arahan dan nasihat dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca