← Back to list
Aliran Trafik Tinggi Mulai Hujung Minggu Ini
Dec 17, 2025
Aliran Trafik Tinggi Mulai Hujung Minggu Ini
Aliran trafik dijangka meningkat hingga 2.2 juta kenderaan sehari di lebuh raya kendalian PLUS mulai hujung minggu ini hingga awal tahun depan.
Menurut PLUS, ia bersempena cuti sekolah, perayaan Krismas dan sambutan Tahun Baru.
Susulan itu, pengguna dinasihatkan rancang perjalanan dengan sebaiknya bagi memastikan kelancaran di lebuh raya sepanjang tempoh berkenaan.
PM seru kabinet terus disiplin
Perdana Menteri mahu setiap anggota Kabinet terus bekerja dengan disiplin dan berkhidmat dengan penuh kerendahan hati.
Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia bagi memastikan pelaksanaan dasar bergerak pantas, berintegriti serta sampai kepada rakyat tanpa lengah dan sebarang alasan.
Beliau mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang pertama selepas rombakan kabinet, semalam.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca