← Back to list
10 lebuh raya utama tidak akan alami kenaikan kadar tol tahun depan - Fahmi
Dec 18, 2025
10 lebuh raya utama di negara tidak akan alami kenaikan kadar tol tahun depan!
Menteri Komunikasi berkata implikasi kewangannya akan ditanggung oleh kerajaan.
Perkara itu kata Datuk Fahmi Fadzil, diputuskan dalam mesyuarat Kabinet semalam.
Perincian akan dilakukan oleh Kementerian Kerja Raya dalam masa terdekat.
__
Sementara itu, pemandu e-hailing yang catat jumlah perjalanan bulanan kurang daripada 2,000 kilometer secara automatik tidak layak terima tambahan kuota subsidi Budi95 untuk bulan berikutnya.
Menteri Kewangan II berkata mereka akan kekal menerima kelayakan asas sebanyak 300 liter sebulan.
__
Dan, seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam atas pertuduhan membunuh isterinya, minggu lalu.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin, serta menetapkan 10 Februari depan sebagai tarikh serahan laporan kimia dan bedah siasat.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca