← Back to list
Sedikit Rombakan Exco Kerajaan Negeri Perlis Akan Dilakukan
Dec 29, 2025
Sedikit Rombakan Exco Kerajaan Negeri Perlis Akan Dilakukan
Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah akan lakukan sedikit rombakan melibatkan barisan exco kerajaan negeri.
Beliau akan memastikan agihan portfolio adalah seimbang antara ADUN PAS dan BERSATU.
ADUN Kuala Perlis itu juga sambut baik titah Raja Perlis yang mahu semua ADUN PN negeri kembali bersatu dan bekerjasama demi kepentingan negeri serta rakyat.
Sementara itu beliau berharap isu pengosongan luar jangka 3 kerusi DUN dapat diselesaikan dalam masa terdekat selain tidak membawa kepada perlaksanaan PRK bagi kerusi-kerusi berkenaan.
Jelas beliau, ia bagi memastikan penyusunan babitkan kesemua ADUN di Perlis dapat dilakukan segera sekali gus melancarkan proses pentadbiran kerajaan.
Abu Bakar Hamzah dilantik sebagai Menteri Besar Perlis yang baru dengan upacara angkat sumpah jawatan berlangsung di Istana Arau, semalam.
Dalam pada itu, Abu Bakar umum pemotongan gaji peribadinya sebanyak RM3,000 setiap bulan bagi menstabilkan keadaan ekonomi negeri dan rakyat di negeri itu.
Ia juga melibatkan setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri iaitu sebanyak RM1,500 sebulan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca