Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

← Back to list

Pasport Malaysia, MyKad Berwajah Baharu Diperkenal Dalam 6 Bulan - KDN

Jan 08, 2026


Pasport Malaysia dan MyKad dengan wajah dan ciri keselamatan baharu akan diperkenalkan kepada umum dalam tempoh 6 bulan lagi. 

Menteri Dalam Negeri berkata ini adalah selari dengan usaha kerajaan untuk kekalkan kebolehpercayaan tinggi pasport Malaysia di peringkat dunia. 

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun tegaskan rakyat tidak perlu segera memperbaharui dokumen sedia ada kerana ianya kekal sah sehingga tamat tempoh. 

..... 

Dalam pada itu, Datuk Seri Saifuddin berkata PDRM dijangka beri taklimat berkenaan gerakan kultus dari Korea Selatan minggu ini. 

Tegas beliau, pihaknya tidak akan bersandar kepada spekulasi atau sumber tidak rasmi dalam menangani dakwaan kewujudan gerakan itu. 

..... 

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam memaklumkan Pusat Konservasi Giant Panda Zoo Negara akan dibuka kepada orang awam dalam masa terdekat. 

Pihaknya dalam satu kenyataan media berkata ini susulan pasangan panda baharu sudah selesai menjalani tempoh kuarantin dan berada dalam keadaan sihat. 

..... 

Bekas Panglima Tentera Darat direman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah tender perolehan Tentera Darat. 

..... 

Empat ADUN BERSATU mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis di Istana Arau hari ini. 

..... 

Dan MET Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di sejumlah kawasan di Sarawak termasuk Kuching dan Serian bermula esok hingga Sabtu ini. 


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca

 

 

Ads With Us Ads With Us Ads With Us