← Back to list
Ujian Diagnostik Untuk Masuk Darjah 1 Tidak Dilaksanakan
Jan 27, 2026
Ujian Diagnostik Untuk Masuk Darjah 1 Tidak Dilaksanakan
Perdana Menteri setuju agar ujian diagnostik bagi menentukan kelayakan kanak-kanak memasuki Tahun 1 seawal umur 6 tahun tidak dilaksanakan.
Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara itu telah diteliti termasuk kebimbangan pelaksanaan cadangan ujian diagnostik boleh beri kesan psikologi kepada kanak-kanak.
Sebelum ini, KPM maklumkan ujian saringan diagnostik khas akan digunakan bagi menentukan kelayakan kanak-kanak memasuki Tahun 1 seawal umur 6 tahun, tahun depan.
Sementara itu, Kementerian Pendidikan sedang pertimbangkan pelaksanaan persekolahan 2 sesi bagi tangani masalah kesesakan di beberapa sekolah bandar.
Menurut Perdana Menteri, ia terutamanya melibatkan murid prasekolah dan Tahun 1, tahun depan.
Kerajaan dalam pada itu menyediakan peruntukan tambahan RM800 juta ringgit bagi memenuhi keperluan pelaksanaan murid 6 tahun memasuki Tahun 1.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca