← Back to list
Hutang along disyaki motif anak bunuh ibu di Alor Setar - Polis
Feb 04, 2026
Polis maklumkan motif lelaki bunuh ibunya dalam kejadian di Alor Setar, adalah berpunca daripada masalah kewangan selepas berhutang pinjaman 'along'.
Semalam, suspek yang juga merupakan anak sulung mangsa direman tujuh hari bagi bantu siasatan.
__
Polis sedang melengkapkan laporan kimia, perubatan dan forensik terhadap enam rangka manusia yang ditemui di dalam sebuah rumah yang terbakar di Skudai, bulan lalu.
Ketua Polis Johor berkata laporan itu akan diperolehi dalam tempoh sekurang-kurangnya satu atau sehingga dua bulan lagi.
Terdahulu, dua beradik didakwa bunuh seorang lelaki yang merupakan salah satu enam rangka manusia dipercayai dibunuh dan dibakar di sebuah rumah di Skudai, tahun lalu.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.
__
Dan, Mahkamah Majistret Kuala Terengganu membenarkan tempoh reman terhadap sembilan penyokong bola sepak Selangor FC yang terbabit dalam kejadian bakar suar di Jambatan Angkat disambung sehari lagi.
Seramai 12 individu turut didakwa atas pertuduhan positif dadah.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca