← Back to list
Bayaran balik cukai dikreditkan mulai minggu kedua Mac
Mar 07, 2026
Bayaran balik cukai kepada pembayar yang layak dan telah selesai diproses, akan mula dikreditkan secara berperingkat pada minggu kedua Mac ini.
Menurut LHDN, bayaran balik itu membabitkan pembayar cukai individu yang telah mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2025.
Sehubungan itu, LHDN menasihati pembayar cukai untuk memastikan maklumat akaun bank adalah tepat dan terkini bagi memastikan bayaran balik dapat diproses dengan lancar.
__
MCMC diminta berhubung dengan PDRM dalam masa terdekat bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai penahanan enam remaja disyaki terbabit aktiviti keganasan.
Menurut Menteri Komunikasi, langkah itu penting bagi mengenal pasti kemungkinan terdapat isu membabitkan aplikasi tertentu supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.
Datuk Fahmi Fadzil berkata maklumat itu membolehkan kementerian memanggil pengusaha atau penyedia perkhidmatan aplikasi terlibat untuk beri kerjasama kepada pihak polis.
Terdahulu, PDRM melumpuhkan cubaan menghidupkan semula ideologi Daesh di Malaysia melalui penahanan enam remaja.
__
Dan, lebih 320 rakyat Malaysia di Qatar telah mendaftar untuk menyertai usaha membawa pulang secara sukarela setakat ini.
Duta Besar Malaysia ke Qatar berkata penerbangan pertama dijangka berlepas melalui Riyadh, Arab Saudi seawal Isnin atau Selasa, walaupun jadualnya masih belum dimuktamadkan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca