← Back to list
Konflik Asia Barat: Hampir 650 Rakyat Malaysia Masih Terkandas
Mar 08, 2026
Hampir 650 rakyat Malaysia masih terkandas di beberapa lokasi di Asia Barat.
Kementerian Luar berkata usaha kini ditumpukan bagi membantu mereka yang terkandas untuk pulang ke Malaysia melalui penerbangan komersial yang tersedia.
Tambahnya, kira-kira 24,500 rakyat Malaysia di kawasan terlibat sudah mendaftar dengan kementerian melalui sistem e-Konsular setakat 6 petang semalam.
.....
Dalam pada itu, kerajaan sedia mengaktifkan pelan evakuasi bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran di Timur Tengah jika situasi semasa di rantau itu perlu tindakan segera.
Kementerian Pendidikan memaklumkan pelan itu sudah disediakan lebih awal dan boleh diaktifkan pada bila-bila masa bergantung kepada perkembangan semasa.
.....
MCMC teliti pelbagai kaedah pengesahan umur sebelum pelaksanaan had usia 16 tahun bagi penggunaan media sosial yang dikuatkuasakan pada suku kedua tahun ini.
Kementerian Komunikasi berkata MCMC sedang mengadakan sesi libat urus dengan penyedia perkhidmatan media sosial bagi menentukan kaedah bersesuaian.
.....
Sementara itu, kira-kira 70,100 talian kad SIM prabayar yang disyaki disalahgunakan untuk menghantar mesej yang mencurigakan telah ditamatkan pada 2025.
.....
Akhir sekali, Jabatan Akauntan Negara merekodkan lebih RM13 bilion Wang Tak Dituntut sehingga 31 Januari lalu.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca