← Back to list
Bilik Air Bukan Tempat Selamat Semasa Kebakaran - Hannah Yeoh
Mar 10, 2026
Bilik air dan tandas adalah bukan ruang yang selamat untuk berlindung ketika kebakaran.
Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian selepas bomba merekodkan peningkatan kes kematian mangsa kebakaran yang berlindung di bilik air pada tahun lalu.
Jelas Hannah Yeoh, tempat terbabit tiada laluan keluar dan pengudaraan terhad menyebabkan asap cepat berkumpul dan meningkatkan risiko sesak nafas.
.....
Sementara itu, insiden kebakaran yang meragut nyawa lima sekeluarga di Raub bulan lalu berpunca daripada litar pintas.
EXCO negeri Pahang berkata bomba mendapati punca kebakaran itu juga disebabkan sistem pendawaian yang tidak teratur.
.....
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi memantau dengan serius proses pemindahan rakyat Malaysia dari zon konflik di Asia Barat.
Ia susulan Majlis Keselamatan Negara sahkan persiapan membawa pulang rakyat Malaysia dari rantau berkenaan sudah memasuki fasa akhir.
.....
Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri dijangka mengumumkan beberapa lagi berita baik untuk rakyat Malaysia menjelang sambutan Aidilfitri.
.....
Polis ambil keterangan lebih 10 individu bagi bantu siasatan kes seorang doktor pelatih yang ditemukan maut di Kuala Krai, Kelantan baru-baru ini.
.....
Dan di Kuala Muda, Kedah, 2 anggota tentera direman bagi bantu siasatan berhubung kes pukul dan mendatangkan kecederaan terhadap 2 anggota lain.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca