← Back to list
Lagi kluster baru COVID-19 dikesan
Jul 20, 2020
Lagi kluster baru COVID-19 dikesan

Foto - Malaysia Dateline
Kementerian Kesiharan sahkan, satu lagi kluster baru COVID-19 dikesan, kali ini membabitkan sebuah pusat jagaan warga emas di Kluang, Johor.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes pertama bagi kluster berkenaan adalah kes kematian ke-123 yang dilaporkan semalam.
Sehingga tengah hari tadi, 14 disahkan positif COVID-19 daripada 39 individu yang disaring, dalam kluster berkenaan dan aktiviti pengesanan kes secara aktif dijalankan.
-----
Tolong patuh kuarantin di rumah - Perdana Menteri

Foto - Bernama
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara supaya menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari dengan penuh berdisiplin.
Sekiranya anda gagal mematuhi arahan pengasingan ini, penalti boleh dikenakan bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 jika sabit kesalahan.
Beliau berkata, jika perlu, kerajaan akan menempatkan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara, di pusat kuarantin untuk mengawal kes import dengan lebih berkesan.
-----
Sultan Selangor murka isu vandalisme mural

Foto - Sinar Harian
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan sangat dukacita dengan perbuatan vandalisme terhadap mural pemimpin negara yang berlaku di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam.
Titah baginda, contengan kata-kata kesat di lukisan mural gambar Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Ketua Pengarah Kesihatan serta beberapa pemimpin lain itu sebagai perbuatan sangat biadap.
Baginda juga berpandangan kejadian tersebut bukan dilakukan oleh orang kurang siuman atau budak-budak nakal tetapi lebih bermotifkan politik kebencian.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca