← Back to list
Banjir di Perak semakin buruk
Nov 22, 2020
Situasi banjir di Perak semakin buruk.
Ini selepas lebih 700 penduduk telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara pagi ini berbanding kira-kira 300 mangsa malam tadi.
Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata kawasan yang terjejas teruk ialah Larut, Matang dan Selama dengan hampir 570 mangsa telah dipindahkan.
Di Melaka, hampir 125 mangsa ditempatkan di 4 buah pusat pemindahan banjir melibatkan beberapa kawasan termasuk 3 kampung DUN Ayer Molek.
Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah nasihatkan penduduk yang tinggal berhampiran sungai agar berjaga-jaga dan bersedia untuk dipindahkan selepas 11 kampung di Sik dan Bandar Baharu mula dinaiki air sejak semalam.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca