← Back to list
Masih Disekat
Dec 28, 2020
Sekatan Perjalanan Masih Berkuat Kuasa
Ketua Pengarah Kesihatan memaklumkan, kerajaan masih mengekalkan sekatan perjalanan dari 23 negara.
Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia termasuk UK susulan kemunculan varian baru COVID-19 yang lebih cepat menular.
Sementara itu 1,196 kes baru COVID-19 dan satu lagi kematian dicatatkan semalam.
Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 392 kes baru, diikuti Kuala Lumpur 202 dan Johor 194 kes.
Shasha Elite Terima Suntikan Vaksin COVID-19
Shasha Elite dilapor menjadi antara rakyat Malaysia pertama yang menerima suntikan vaksin COVID-19.
Menurut penyanyi itu yang kini menetap di Dubai, UAE bersama suaminya, setakat ini mereka tidak mengalami sebarang kesan sampingan seperti demam, mual dan alahan.
Shasha juga memaklumkan, mereka akan menerima suntikan dos kedua yang juga terakhir dalam masa 21 hari selepas suntikan dos pertama.
Dedah Segera Pihak Terlibat
Pemuda UMNO minta pihak berkuasa segera mendedahkan nama syarikat yang terbabit dalam kartel penyeludupan dan pengedaran daging import haram.
Menurut Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, pendedahan itu penting bagi mengembalikan kepercayaan dan keyakinan umat Islam terhadap kesahihan status halal daging import dalam pasaran.
Pemuda UMNO juga mendesak penubuhan segera pasukan khas yang melibatkan pelbagai agensi kawal selia dan penguatkuasaan industri halal termasuk SPRM dan PDRM.
Gesaan sama turut dibuat Pemuda Amanah.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca