← Back to list
Perkembangan Banjir dan Amaran Hujan
Nov 27, 2015
Peringkat hujan lebat di Pantai Timur dan Johor dinaikkan daripada kuning kepada peringkat jingga dan merah.
Menurut ramalan Jabatan Meteorologi, hujan lebat berkenaan akan berterusan sehingga esok.
Sementara itu, menurut Jabatan Pengairan dan Saliran(JPS) beberapa sungai di Pahang dan Selangor sudah melepasi paras bahaya.
Ia adalah Sungai Endau di Rompin ,serta Sungai Klang di Kampung Jawa dan Sungai Langat di Kuala Langat.
Kawasan sekitar sungai tersebut dikhuatiri dinaiki air, justeru penduduk di kawasan berkenaan diminta berjaga-jaga.
Dalam perkembangan berkaitan, jumlah mangsa banjir di Perak kini 577, Selangor 354, Sarawak 300 dan Kedah 228.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca