← Back to list
Keluarga diraja Arab Saudi Sahkan Pemberian Dana RM2.6 Bilion Kepada PM
Jan 27, 2016
Dana itu bagi membantu Datuk Seri Najib Tun Razak memenangi Pilihan Raya Umum 2013.
Perkara itu disahkan sumber terdekat keluarga diraja Arab Saudi kepada BBC.
Menurut sumber itu lagi, pemberian dana sedemikian merupakan perkara biasa dan turut diberi kepada negara-negara lain.
Dalam perkembangan berkaitan, SPRM mungkin rayu keputusan Peguam Negara berhubung siasatan kes dana itu dan juga SRC International.
Semalam, Peguam Negara umumkan Perdana Menteri tidak lakukan kesalahan jenayah berhubung kes berkenaan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca