← Back to list
Perhilitan Pahang mahu penduduk waspada dengan kehadiran buaya pada musim tengkujuh atau air pasang besar.
Dec 24, 2017
Perhilitan Pahang menasihatkan penduduk berdekatan sungai waspada dengan kehadiran buaya yang mungkin berlaku pada musim tengkujuh ini atau air pasang besar.
Pihaknya juga minta orang ramai menghubunginya jika terserempak dengan reptilia itu dan tidak cuba menangkapnya sendiri.
Semalam, penduduk di Kampung Serandu, Kuantan gempar apabila seekor buaya tembaga berusia lebih 20 tahun dijumpai dalam semak dekat kawasan pantai.
Buaya tersebut berjaya ditangkap dan akan dilepaskan di kawasan yang sesuai atau di Paya Indah Wetlands, Selangor.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca