← Back to list
PM Umum Insentif Raya Untuk Peneroka Felda
Jun 11, 2017
Perdana Menteri mengumumkan Insentif Raya RM500 kepada setiap keluarga peneroka Felda bagi bantu mereka membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Ujar Datuk Seri Najib Tun Razak, dividen FGV RM280 juga akan diberikan kepada setiap peneroka Felda.
Sementara itu, beliau mengarahkan FGV menyelesaikan kemelut syarikat itu sebelum Aidilfitri.
Tegas Datuk Seri Najib, kelewatan menyelesaikan masalah itu akan memberi kesan negatif kepada syarikat senaraian awam berkenaan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca