← Back to list
MAHB Jamin klia2 Selamat
Feb 25, 2017
MAHB beri jaminan, klia2 selamat susulan arahan PDRM ke atas Lembaga Pelesenan Tenaga Atom untuk periksa seluruh lapangan terbang itu.
Ini selepas pihak berkuasa sahkan senjata kimia, Agen Saraf VX digunakan dalam pembunuhan seorang lelaki warga Korea Utara di lapangan terbang itu, baru-baru ini.
Ujar MAHB, mereka kini bekerjasama dengan pihak yang berkaitan termasuk Kementerian Kesihatan bagi memastikan pengguna klia2 selamat.
Jelasnya lagi, orang ramai tidak perlu risau kerana sesiapa yang terdedah dengan senjata kimia itu akan menunjukan simptom dalam tempoh 18 jam.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca