Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

← Back to list

Tragedi kebakaran pusat tahfiz: 7 kanak-kanak dan remaja direman

Sep 17, 2017


Ketua Polis KL mengesahkan, 7 kanak-kanak dan remaja berusia 11 hingga 18 tahun ditahan berkaitan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Datuk Amar Singh berkata, mereka kini direman seminggu dan 6 daripada mereka juga disahkan positif dadah.

Beliau turut mengesahkan, niat utama suspek adalah untuk membakar pusat tahfiz berkenaan susulan insiden ejek mengejek antara suspek dengan pelajar di situ.

Namun, butiran lanjut mengenai motif tidak dapat dikongsikan kerana tidak mahu menganggu siasatan.

Datuk Amar Singh juga memaklumkan, tiada lagi suspek akan ditahan dan kes dianggap selesai.

Beliau dalam pada itu meminta orang ramai tidak sebar sebarang maklumat diperoleh melalui media sosial agar tidak mengganggu siasatan.

Sementara itu, Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dijangka beroperasi semula di bangunan baru, selewat-lewatnya hujung bulan depan.

Bangunan berkenaan terletak tidak jauh dari bangunan yang terlibat tragedi kebakaran yang meragut 21 murid dan 2 guru, Khamis lalu.

Pengetuanya juga memaklumkan, bangunan itu juga akan diperiksa oleh Bomba bagi mendapatkan sijil layak menduduki.


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca

 

 

Ads With Us Ads With Us Ads With Us