← Back to list
PDRM Bekerjasama Dengan Facebook Menerusi NUR Alert
Nov 04, 2016
Usaha mengesan kanak-kanak yang dilaporkan hilang menerusi NUR Alert akan menjadi lebih berkesan hasil kerjasama PDRM dan Faceebok.
Kerjasama itu membolehkan pengendali Facebook menghantar amaran insiden kehilangan kanak-kanak kepada 19 juta pemilik akaun laman sosial itu di Malaysia.
Sementara itu, Noor Ayrill Aqasha yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu di Cheras, KL dilaporkan tidak bersekolah sejak mula tinggal bersama bapanya 3 bulan lepas.
Menurut polis Cheras kepada Berita Harian, kanak-kanak lelaki 10 tahun itu sebelum ini dijaga ibunya selepas kedua orang tua bercerai 2 tahun lalu.
Maklumat ini hasil rakaman percakapan dengan ibu bapa kanak-kanak tersebut, dan polis kini giat mengesannya.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca