← Back to list
Budak 12 Tahun Diperkosa Selepas Diberi Dadah
Oct 10, 2016
Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di Alor Setar dipercayai diberi dadah dan jadi mangsa jenayah seksual seorang rakan yang dikenali menurusi aplikasi WeChat.
Perkara itu terbongkar selepas ibu mangsa membuat laporan polis dan membawanya menjalani pemeriksaan di hospital.
Polis kini giat memburu suspek berusia 24 tahun yang sudah dikenal pasti identiti dan turut mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah.
Sehubungan itu, polis menasihati ibu bapa memantau aktiviti anak-anak termasuk membabitkan penggunaan media sosial bagi mengelak kejadian sedemikian.
*foto sekadar hiasan
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca