← Back to list
BERITA 2 Ogos 2016
Aug 02, 2016
Polis telah kenal pasti 3 lagi lelaki yang turut terlibat dalam video klip lagu 'Oh My God' oleh Namewee yang didakwa menghina Islam.
Polis Pulau Pinang memaklumkan, pihaknya sedang mengesan 3 lelaki berkenaan yang dikenal pasti sebagai warga asing.
Namewee pula akan diambil keterangan sekembalinya dia dari luar negara.
---
Lebih 2,600 kenderaan dikesan JPJ guna laluan kecemasan di lebuh raya di seluruh negara dalam tempoh 2 bulan, sejak 22 Mei.
Daripada jumlah itu, jabatan berkenaan sudah mengeluarkan kira-kira 2,200 notis saman kepada pesalah trafik yang terlibat.
---
Dalam perkembangan lain, JPJ menjalankan operasi khas bas ekspres iaitu Ops Laju di seluruh negara, bermula hari ini.
---
Jabatan Kesihatan Pahang beritahu Sinar Harian, pihaknya tidak menjumpai penjualan ayam mentah berpenyakit seperti yang diviralkan di media sosial.
---
Ketua Polis Daerah Nilai di Negeri Sembilan sahkan beliau terima sepucuk surat ancaman dipercayai daripada militan IS namun tidak dedahkan isi kandungannya.
---
Di KL, remaja 18 tahun dipenjara sehari dan didenda 5,500 ringgit gara-gara tunggang motosikal secara melulu dengan aksi ' Superman'.
---
Lebih 700 daripada 5,800 pusat jagaan kanak-kanak di negara ini didapati belum berdaftar dengan JKM.
---
Dan, beberapa kawasan di selatan China diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga ekoran Taufan Nida yang melanda wilayah itu.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca