← Back to list
99 kes akibat gelombang haba direkodkan sejak 1 Mac
Mar 28, 2016
Menurut kementerian, 22 kes adalah 'heat cramp', 63 kes kelesuan haba manakala 14 kes lagi disebabkan strok haba termasuk mengakibatkan 1 kematian di Johor.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sebelum ini memaklumkan, cuaca panas ekoran fenomena El Nino dijangka makin berkurang pada Jun ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah tidak menerima laporan mengenai masalah kesihatan murid sekolah akibat cuaca panas melampau.
Malah ujar pihaknya kepada kami, lebih 90 peratus murid di negeri itu tetap hadir ke sekolah.
Pada jam 5 petang tadi Alor Setar dan Chuping, Perlis merekodkan bacaan suhu paling tinggi di seluruh negara iaitu 37 darjah selsius.
Sementara itu, harga ladang bagi mempelam harum manis di Perlis untuk musim tahun ini dijangka meningkat ekoran kemerosotan pengeluaran akibat fenomena El Nino.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca