Ujar Tan Sri Khalid Abu Bakar, penyimpanan dan penghantaran mercun boleh mendatangkan bahaya kepada pejabat dan petugas penghantaran barang.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati sekurang-kurangnya 7 akaun laman web dan laman sosial menjual mercun pelbagai jenis berharga antara 3 hingga 260 ringgit.
Antara nama yang digunakan adalah Mercun Raya 2016, Mercun RAYA 2016 Baru, Mercun Online Store dan Kedai Bunga Api.
Antara mercun yang ditawarkan ialah mercun bola, mercun naga dan mercun roket yang mengeluarkan bunyi dentuman kuat dan boleh mencederakan.