← Back to list
UMNO disaran tuntut wang di kediaman Datuk Seri Najib sekiranya ia milik parti itu.
Jun 28, 2018
UMNO disaran tuntut wang bernilai hampir RM 117 juta di kediaman Datuk Seri Najib sekiranya ia milik parti itu.
Jelas Pengarah JSJK Bukit Aman, buat masa ini pihaknya masih belum mengenalpasti pemilik kesemua barangan rampasan tersebut.
Dalam satu sidang media semalam, Datuk Seri Amar Singh memaklumkan anggaran nilai barang yang dirampas dari 6 kediaman yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri itu ialah antara RM 900 juta hingga RM1.1 bilion.
PDRM akan memanggil Datuk Seri Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk beri keterangan berhubung barangan itu dalam masa terdekat.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca