← Back to list
Datuk Seri Najib tidak dimasukkan ke dalam lokap.
Sep 21, 2018
Datuk Seri Najib Razak nafi dakwaan kononnya beliau dimasukkan ke dalam lokap!
Jelas bekas Perdana Menteri itu, beliau sebenarnya ditempatkan dalam bangunan SPRM kelmarin sebelum dibawa ke mahkamah semalam, bukannya di dalam lokap.

Najib turut berterima kasih kepada SPRM dan polis kerana memberi layanan baik kepadanya sepanjang berada di situ.
Tambahnya, beliau tiada masalah melalui proses itu asalkan diberi peluang membersihkan namanya.
Ahli Parlimen Pekan itu akan membayar ikat jaminnya berjumlah 3.5 juta ringgit secara ansuran mulai hari ini.
Bajet 2019 disifatkan belanjawan yang sukar bagi Kerajaan Persekutuan.
Menteri Kewangan berkata, ini kerana kerajaan perlu pulihkan kewangan fiskal dalam masa sama meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Bajet yang pertama untuk kerajaan Pakatan Harapan dijadual akan dibentangkan pada 2 November ini.
Draf akta perkahwinan kanak-kanak dijangka siap akhir tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata ia berasaskan SOP yang diwujudkan hasil perbincangan bersama hakim syarie.

Tambahnya, SOP itu cukup ketat termasuk mengetahui latar belakang keluarga pengantin dan tahap kesihatannya sebelum diberi kebenaran berkahwin.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca