← Back to list
14 ditahan dipercayai terlibat dalam pergaduhan ketika pemilihan PKR di Kedah.
Sep 23, 2018
Polis tahan 14 lelaki dipercayai terbabit dalam pergaduhan ketika proses pemilihan PKR Cabang Merbok, Kedah semalam.

Foto: Utusan
13 daripadanya akan direman sementara seorang lelaki berusia 50-an dibebaskan dengan jaminan polis kerana mengalami masalah kesihatan.
Sementara itu, pemilihan PKR bagi Perlis, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Kedah ditangguhkan.
Menurut Jawatankuasa Pemilihan Pusat, tarikh baru bagi pemilihan itu akan ditentukan selepas hari penamaan calon PRK Port Dickson.
Jangan was-was untuk laporkan kes liwat dan cabul kepada pihak polis.
Itu gesaan polis KL kepada orang ramai susulan kes liwat dan cabul yang melibatkan 9 pelajar sebuah pusat tahfiz di Kepong baru-baru ini.

Suspek yang merupakan pengetua pusat tahfiz tersebut telah didakwa dengan 11 pertuduhan di mahkamah.
Jumlah kematian akibat keracunan alkohol kini meningkat kepada 30 orang.

Ini selepas mangsa yang dirawat di sebuah hospital di Perak disahkan meninggal dunia.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca