← Back to list
Kutipan Tabung Harapan mungkin akan dihentikan bulan depan.
Aug 30, 2018
Kerajaan akan menghentikan Kutipan Tabung Harapan bulan depan.
Jelas Perdana Menteri, keputusan tarikh akhir kutipan dana itu belum dibuat namun, besar kemungkinan ia bakal ditamatkan dalam masa terdekat.

Tun Dr. Mahathir juga nafi dakwaan kononnya tindakan itu diambil kerana beberapa syarikat gunakan tabung itu untuk tujuan melobi kerajaan.
Setakat ini, Tabung Harapan berjaya mengumpul dana sebanyak RM180 juta untuk bantu kurangkan hutang negara.
Senarai barangan dikenakan cukai SST yang dipaparkan di laman web Kastam belum muktamad.
Jelas Kementerian Kewangan, senarai itu akan diperbaiki dari semasa ke semasa dengan mendapat maklum balas daripada semua pihak.

Foto : Berita Harian
Dalam pada itu, menjelang perlaksanaan SST Sabtu ini, hampir 80,000 peniaga mendaftarkan perniagaan mereka secara automatik daripada MyGST kepada MySST.
Tiada lagi bayaran tunai bagi perkhidmatan KTM Komuter di kawasan Lembah Klang bermula 10 September ini.

KTMB berkata sebagai permulaan, arahan itu diwajibkan ke atas penumpang dewasa dan pelajar.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca