← Back to list
Tun M teraju negara, Datuk Seri Anwar jaga Parlimen
Aug 23, 2018
Tun M teraju negara, Datuk Seri Anwar jaga Parlimen
Itu kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengharapkan semua pihak memahami perbezaan peranan antara beliau dan Tun Dr Mahathir Mohamed, sekembalinya Anwar ke Parlimen kelak.

Presiden PKR itu juga berharap kenyataannya itu akan tamatkan spekulasi kononnya ada komplot yang menghalangnya daripada menjadi Perdana Menteri ke-8, seperti dpersetujui Pakatan Harapan.
Sementara itu, mesej viral mengatakan kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad tersungkur ketika solat sunat Aidil Adha semalam adalah tidak benar!

Foto: Kosmo
Menurut The Star, gambar dalam mesej tersebut sengaja disusun secara terbalik untuk menampakkan Perdana Menteri seolah-olah tersungkur.
Sebaliknya, susunan gambar sebenar menunjukkan Tun M sedang bangun selepas selesai menunaikan solat.
Rombongan Perubatan Tabung Haji di tanah suci berjaya kurangkan statistik kematian.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata penambahbaikan perkhidmatan kesihatan Tabung Haji boleh dianggap berjaya.

Foto: Sinar Harian
Ini selepas hanya 10 kematian jemaah Malaysia dicatat tahun ini berbanding 25 kematian tahun lalu.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca