← Back to list
Timbalan Pengerusi UMNO Bukit Bintang letak jawatan dan keluar parti
Nov 10, 2018
Timbalan Pengerusi UMNO Bukit Bintang letak jawatan dan keluar parti

Foto - gegar.my
Datuk Seri Abdul Azim Zabidi muncul pemimpin terbaru umum tinggalkan UMNO selepas 35 tahun dalam parti itu.
NST melaporkan, Datuk Seri Abdul Azim yang juga bekas bendahari UMNO letak jawatan Timbalan Pengerusi UMNO Bukit Bintang, Rabu lalu.
Alasan yang dikemukakannya ialah beliau telah hilang kepercayaan terhadap pemimpin atasan parti itu.
-----
Kerajaan mungkin teruskan skim bantuan baucar buku

Foto - Astro Awani
Kementerian Kewangan bersetuju dengan syor Kementerian Pendidikan supaya meneruskan skim bantuan baucar buku kepada mahasiswa.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, perkara itu telah dibawa dalam mesyuarat Kabinet yang pertama selepas Belanjawan 2019, semalam.
Tambahnya lagi, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga melahirkan pandangan bahawa bantuan seumpama ini diteruskan.
Justeru, beliau berharap akan ada berita menggembirakan dalam waktu terdekat dalam memastikan kebajikan mahasiswa dijaga.
-----
Pakatan Harapan akan tunaikan janji PRU14

Foto - Astro Awani
Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, kerajaan akan menunaikan janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.
Ini kerana Perdana Menteri berkata, kejayaan menukar kerajaan yang memerintah selama 61 tahun merupakan kejayaan rakyat.
Jelas Tun M , beliau pasti rakyat tertunggu-tunggu nikmat yang akan mereka peroleh daripada kerajaan pilihan mereka, Pakatan Harapan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca