← Back to list
PRK DUN Semenyih saksikan pertandingan empat penjuru
Feb 16, 2019

Foto - malaysiakini
Pilihan Raya Kecil DUN Semenyih pada 2 Mac ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Parti Sosialis Malaysia dan seorang calon bebas.
PH diwakili Muhammad Aiman Zainali, BN pertaruhkan Zakaria Hanafi dan PSM mengetengahkan calon muda berusia 25 tahun, Nik Aziz Afiq Abdul.

Foto - malaysiakini
Turut mencuba nasib sebagai calon Bebas ialah aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang.
PRK DUN Semenyih diadakan berikutan kematian penyangdangnya, Bakhtiar Mohd Nor dari parti Bersatu pada 11 Januari lalu.

Foto - spr.gov.my
Suruhanjaya Pilihan Raya dalam pada itu menjangkakan 70 peratus pemilih keluar tunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK itu nanti.
Pengerusinya, Azhar Harun berkata, 134 pemerhati daripada 12 organisasi akan memantau pilihan raya kecil berkenaan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca