← Back to list
Tiket perkhidmatan ETS dan KTM Intercity masih banyak
May 10, 2019

Foto - KTMB
Lebih 262,000 tiket perkhidmatan ETS Gemas ke Padang Besar serta KTM Intercity Tumpat ke Johor Bahru Sentral masih boleh dibeli untuk perayaan Aidilfitri.
Menurut KTMB, tiket bagi tempoh 1 Mei hingga 16 Jun menunjukkan ETS mempunyai baki tambahan sebanyak 55.42 peratus dan KTM Intercity 33.15 peratus.

Foto - KTMB
KTMB berkata, sempena musim perayaan ini, 36 perjalanan ETS dan 49 KTM Antarabandar disediakan untuk menampung permintaan yang tinggi.
Jumlah tiket yang banyak merupakan peluang keemasan kepada golongan pelajar dan keluarga untuk mendapatkannya kerana jualan tiket kepada orang ramai telah bermula sejak 10 April lepas.

Foto - KTMB
Tiket boleh didapati menerusi dalam talian di laman web KTMB www.ktmb.my atau menerusi aplikasi mudah alih (KTM MobTicket) atau kaunter KTMB berhampiran.
Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman sosial media KTMB Berhad (Facebook), @ktm_berhad(Twitter) dan @ktmbofficial (Instagram) atau menghubung pusat panggilan KTMB di 03-22671200 yang beroperasi 24 jam.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca