← Back to list
Tiada subjek baru tahun hadapan
Jul 23, 2019
Tiada subjek baru tahun hadapan

Foto - Teo Nie Ching Wikipedia
Tiada subjek baru mengenai demokrasi dan Perlembagaan Persekutuan akan diperkenalkan pada sesi persekolahan tahun hadapan.
Sebaliknya menurut kementerian Pendidikan, kurikulum dan silibus sedia ada akan ditambah baik.
Ini termasuklah menambah isi kandungan mengenai pilihan raya dalam buku teks Sejarah Tingkatan Empat daripada lima muka surat kini kepada 19 muka surat.
-----
Harimau Belang Bukit Besi disahkan mati

Foto - PERHILITAN
Perhilitan sahkan, harimau belang yang ditangkap di Bukit Besi, baru-baru ini telah mati awal pagi tadi akibat jangkitan virus.
Tambahnya, jangkitan virus itu menyebbakan hariwan tersebut tidak takut kepada manusia, dan kebarangkaliannya untuk sembuh adalah tipis.
Sementara itu, selepas kehadiran ikan paus dan harimau, tiga ekor beruang matahari pula muncul di Felda Belara, Kuala Terengganu.
-----
Guru mengamuk, berang anak dimarahi polis

Foto - A Mukif Architect
Seorang guru ditahan selama dua jam sebelum dibebaskan kerana membuat kecoh di IPD Pasir Mas, semalam termasuk menendang perut seorang koperal berusia 33 tahun, yang baru lima bulan bersalin.
Guru wanita itu dikatakan hadir ke IPD berkenaan, kerana berang anaknya yang terbabit kemalangan dimarahi anggota polis.
Dalam pada itu, dua beradik yang disyaki menyerang seorang guru dalam kawasan sekolah di Bachok, direman selama empat hari.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca