← Back to list
Tiada cadangan halang penjualan bubble tea
Jul 25, 2019
Tiada cadangan halang penjualan bubble tea

Foto - Bernama
Kerajaan belum bercadang mewujudkan mekanisme untuk menghentikan kegilaan rakyat Malaysia terhadap minuman bubble tea.
Namun, Kementerian Kesihatan berharap rakyat Malaysia akan buat keputusan yang lebih bijak apabila berkaitan pengambilan minuman yang tinggi gula.
Tambahnya, tiada cara yang lebih efektif dalam mengawal fenomena bubble tea melainkan kesedaran sendiri berhubung kesan negatifnya.
-----
Cemar bekalan air boleh dihukum mati!

Foto - Malaysian Dateline
Sesiapa yang didapati bersalah mencemar sistem bekalan air dengan sengaja berdepan hukuman amat berat termasuk hukuman mati.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, hukuman itu termaktub dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.
Beliau turut serahkan sepenuhnya siasatan pencemaran Sungai Selangor itu kepada pihak polis dan berharap mereka yang terbabit dibawa ke mahkamah.
-----
Najis burung merpati bukan faktor masalah kesihatan

Foto - Bernama
Kementerian Kesihatan nafi najis burung merpati mungkin faktor sampingan punca insiden sesak nafas dan muntah di SK Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang.
Katanya, mana-mana pihak mahu beri pandangan berhubung kejadian itu perlu kembali kepada hasil penemuan KKM yang diumumkan sebelum ini.
Exco Kesihatan Johor Selasa lalu berkata, pencemaran najis burung merpati mungkin antara faktor masalah kesihatan di sekolah terbabit.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca