← Back to list
Macam-Macam Cerita Sempena Musim Durian
Jul 28, 2019
Macam-Macam Cerita Sempena Musim Durian
Sempena musim durian banyak berita menarik mengenai raja buah ini.
Di Pahang misalnya, kerajaan negeri rancang menjenamakan semula durian kampung agar lebih komersial dan mendatangkan hasil lumayan.

Manakala di Melaka, kerajaan negeri bersama FAMA akan menjadikan durian baka baru 'Lima Jari' sebagai produk pengenalan negeri tersebut.
Selepas Harimau dan Tapir, Terengganu terus dilanda misteri 'Jumanji'
Selepas penemuan Harimau Malaya dan Tapir, Terengganu sekali lagi catat penemuan haiwan liar di tempat awam!
Kali ini seekor rusa betina dijumpai berkeliaran di sebatang jalan raya di Kemaman namun nyawanya tidak panjang apabila maut dirempuh sebuah motosikal.

Manakala penunggang motosikal yang cedera dihantar ke klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan.
Murid Sekolah di Pasir Gudang Terjejas Pencemaran Udara Terima Sokongan Psikologi
Setakat ini lebih 3 ribu murid sekolah di Pasir Gudang yang terjejas dengan siri pencemaran udara bulan lalu terima sokongan psikologi dan trauma.
Menurut Jabatan Kesihatan Johor, antara kaedah rawatan yang diberikan kepada kesemua pelajar berkenaan adalah aktiviti interaktif dan kaedah mengatasi trauma.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca